Tuesday, August 23, 2011

***** halfway *****

hari yg penuh dgn semangat menjelma setelah ia lama menghilang
dah lama tidak merasai begini, terasa seperti semuanya memihak kepada aku..
aku cuba melupakan segalanya yg pahit pada masa ini
yang pasti aku betol2 merasai kemanisan yg amat aku nantikan selama ini..

syukur Alhamdulillah akhirnya aku dapat merasainya walaupun hanya untuk seketika
menanti sesuatu yg tak pasti dan akhirnya menjadi kenyataan walaupun aku hanya menyedarinya lambat dari kebiasaan
aku amat berharap keadaan ini akan menjelma lagi walaupun aku terpaksa menunggu dan mencarinya

dalam diam aku merasai ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan
itu yg diimpikan oleh setiap manusia di dunia ini
bukankah begitu??

setiap langkah kita harus dipenuhi dengan semangat dalam menempuhi kehidupan yg serba mencabar
itu yg amat penting buat masa ini
jgn lupa utk menyayangi setipa insan yg berada di sekeliling kita
kerana mereka itu semua akan menjadikan kita insan yg lebih kuat tanpa kita sedari..

Monday, August 22, 2011

hakikat manusia..

aku x pasti pe yg berlaku di sekeliling aku..
semuanya berlaku tanpa kusedari
atau juga mungkin ia berlaku dalam sedar tp tidak ku pedulikan..

semakin meningkat usia semakin byk perkara pelik yg berlaku
mungkin semasa kecil aku x pernah terfikir bahawa perkara tersebut akn berlaku,
tp hakikatnya itu semua adalah alam fantasi si kecil yg cuba meniti kehidupan yg dalam fikirannya hanya mengejar hiburan, keseronokan..

sekarang realitinya berubah 360 darjah
semuanya berlaku tanpa disedari dan terpaksa ditempuhi degan akal yg panjang dan minda yg selalu pandang kehadapan

aku mahukan pengertian yg sebetulnya dalam kehidupan
dan utk mengecapi itu semua aku terpaksa berusaha dan bukan hanya b'tawakkal

susahnya bila kita memikirkan itu semua..
bila terlampau memikirkan, perkara itu akn menjadi bertambah rumit


mungkin satu hari nanti akan ada sinar yg menyuluh jalan yg makin suram hari demi hari
yang penting terus pandang kedepan dan jgn sesekali menoleh kebelakang
jgn lupa serta usaha kita itu dgn doa + tawakkal
Insya-Allah kita akn dpt harungi itu semua dgn senangnya..

sentiasa ingat Allah tidak akn turunkan sesuatu dugaan ke atas umatnya itu jikalau umatnya itu tidak dapat menanganinya..
bermakna setiap dugaan, musibah @ cabaran yg kita hadapi sekarang mesti akan ade jln penyelesaian
cuma yg menjadi perbezaan samada cepat @ lambat penyelesaian itu dapat kita temui..